PART 1 of 13
Rasanya sudah sampai masanya album NWO menerangkan pembohongan tentang
perkara-perkara yang jauh lebih besar berbanding dengan apa yang telah
dipaparkan di dalam posting2 yang lepas. Sebelum itu, sedikit AMARAN...
kalau anda mula rasa lain macam semasa membaca posting ini, baiklah dihentikan
sahaja pembacaan anda. Apa yang bakal anda baca adalah sesuatu yang
amat2 sukar dipercayai... silap2 anda boleh rasa nak meludah muka saya
selepas membaca posting ini
Mengapa pula sangat sukar untuk
dipercayai? Kerana semenjak kecil kita telah diasuh oleh sistem Zionis
untuk hanya percaya apa yang ditulis di dalam buku2 teks sekolah dan
sistem maklumat serta berita yang memang semenjak awal lagi dibangunkan
untuk membutakan mata kita pada maklumat2 yang sebenar.
Kita mulakan dengan Bulan dulu. Apa yang diberitahu kepada kita oleh NASA tentang Bulan ialah:
1. Bulan ialah tempat yang bosan dan tandus. Berwarna kelabu kekuningan.
2. NASA dah hantar orang pergi dan turun atas Bulan sebanyak tujuh kali
(di antara Tahun 1969 hingga Tahun 1972) dan mendapati tiada apa lagi
yang menarik lagi untuk dikaji di Bulan.
3. Oleh kerana NASA
dah habis kaji pasal Bulan, mereka sekarang menumpukan usaha2 mereka
untuk menjelajah angkasa lepas lebih jauh lagi.... seperti meneroka
planet2 lain dalam sistem suria dan juga meneropong lebih jauh sehingga
ke sistem2 bintang lain serta galaksi2 lain yang sangat2 jauh. Setakat
kaji Bulan... apa kelassss?
4. Pendek kata... pasal Bulan ni
tak payah la kita sibuk2 nak tanya2 lagi. Baca ajer la buku2 teks yang
mereka dah tulis tu. Memang takder apa kat Bulan tu.
Soalannya ialah... Benarkah begitu? Adakah wajar kita terima buta2 sahaja tentang hal ini? Blind acceptance?
Oleh kerana kita semua tak pernah pergi sendiri tengok apa ada kat
Bulan tu dan kita telah dilatih untuk percaya kepada buku2 teks yang
ditulis oleh NASA penipu ni... sampai mati la kita tak tau perkara yang
sebenarnya.
Okay lah... untuk posting pertama ni marilah kita
lihat dulu perkara2 asas yang secara relatifnya ringan2 dan persoalan2
tentang Bulan yang NASA tak nak kita tahu. Sekali lagi diingatkan...
kalau anda dah mula rasa semacam apabila membaca posting ni... eloklah
dihentikan sahaja pembacaan anda.
Sekarang cuba fahamkan persoalan2 yang berkaitan dengan perkara-perkara di bawah ini:
1. Bulan bukan tempat yang bosan dan tandus. Ya... Bulan juga bukan
berwarna kelabu kekuningan. Bulan ialah seperti Bumi.... penuh
berwarna-warni. Pendek kata... Bulan ialah sebuah mini planet yang mampu
menampung pelbagai hidupan seperti di Bumi. Wah... hebat... tapi kenapa
kita tak pernah mendengar tentang hal ini? Kalau kita pernah dengar
pun... bukankah cerita sebegini dianggap cerita dongeng? Dan bukankah
orang yang mengatakan ini ialah fakta sebenar (seperti yang sedang saya
buat sekarang ni la) sudah tentu akan dianggap gila atau mereng atau
skru tak cukup?
2. Kenapa NASA bersusah payah reka cerita yang
hebat2 dengan kos berbillion2 USD untuk menyorokkan perkara2 yang
sebenar? Sebelum persoalan ini terjawab... boleh kah kita fikirkan apa
kah perkara yang paling ditakuti oleh Zionis? Ya... inilah kunci kepada
jawapan persoalan ini.
3. Siapa duduk kat Bulan? Sabar... nanti di dalam bahagian-bahagian seterusnya akan diterangkan.
4. Adakah NASA betul2 telah menghentikan misi pergi ke Bulan ni? Untuk
mengukuhkan lagi pendirian NASA yang Bulan ni takder nilai untuk
dikaji... Obama telah mengumumkan tidak lama dulu yang Amerika Syarikat
dengan rasminya menghentikan dan menutup "Projek Bulan". Adakah ini
lakonan untuk mengaburi aktiviti2 mereka berkaitan dengan Bulan yang
sebenarnya mereka sedang teruskan secara rahsia?
5. Persoalan
seterusnya... daripada mana saya dapat sumber maklumat ini? Sudah tentu
bukan daripada internet atau buku2 hasil tulisan NASA dan
penyokong-penyokongnya. Dan saya pun tidak bercadang untuk menerangkan
daripada mana maklumat2 ini saya dapat kerana sebab2 tertentu. Jadik
kalau anda rasa lebih percaya kepada NASA dan rasa saya gila... untuk
ketiga kalinya... saya pohon jangan teruskan pembacaan anda.
6.
Last but not least... timbul persoalan... apa pulak gunanya program2
angkasa lepas yang gah dan hebat sedang dijalankan sekarang? Adakah
ianya untuk tujuan "show" atau propaganda sahaja? Nanti akan
diterangkan.
Allahu'alam...
credit : Public Secret
No comments:
Post a Comment