Part 2 of 13
Untuk memulakan Part 2 ini, sila rujuk photo yang disertakan.
Diharapkan photo ini sedikit sebanyak boleh memberikan maklumat2 segera
(macam mi segera la) tentang beberapa perkara... (i) Bulan dan
perbandingannya dengan Bumi; (ii) Jumlah Bulan bagi tiap-tiap planet
yang ada dalam sistem suria; (iii) Saiz
dan Kedudukan Bulan yang menepati Teori Phytogoras dan Nisbah Emas
seperti yang telah ditetapkan Allah. Sedikit maklumat tambahan... Jarak
Bulan dpd Bumi ialah lebih kurang 400,000 km. Bulan tidak berpusing di
mana kita hanya dapat melihat muka Bulan yang sama jer dpd Bumi.
Tujuan maklumat2 ini dikongsikan ialah supaya sekurang-kurangnya kita
boleh membayangkan tempat yang kita tak pernah pergi langsung ni...
iaitu Bulan. Kalau gambaran tentang Bulan ni dah jelas di dalam fikiran
kita... elok la tu... tapi simpan dulu la yer gambaran ini.
Sekarang mari kita cuba fahami dulu tujuan NASA ditubuhkan.
NASA bermaksud “National Aeronautics and Space Administration” . Kalau
ikut cerita rasmi yang diberitahu kepada kita, NASA ditubuhkan bagi
memperkasakan sistem pertahanan Amerika Syarikat yang pada waktu itu
sedang menghadapi tekanan Perang Dingin (Cold War) daripada Rusia.
Perang Dingin ialah satu permainan di mana Amerika Syarikat dan Rusia
berlumba2 menunjukkan kekuatan dan kebaikan ideologi masing2 dalam usaha
untuk mempengaruhi negara-negara lain di dunia ini supaya memilih di
antara mereka. Salah satu kategori pertandingan di dalam permainan ini
ialah Perlumbaan Menguasai Angkasa (Space Race).
Apa yang
mereka tak bagi tahu kat kita ialah Amerika Syarikat dan Rusia pura2
sahaja berperang dingin dan wayang yang dimainkan oleh mereka sebenarnya
bertujuan menutup agenda sebenar mereka. Ala... sama la macam wayang
yang dimainkan oleh BN dan PKR tu... depan kita bergaduh konon... tapi
di belakang kita mereka sahabat karib. Yang penting, orang kebanyakan
macam kita ni boleh diperas dan diperhambakan sambil diorang hidup
senang lenang.
Ok..ok... balik semula cerita pasal NASA.
Sebenarnya tujuan NASA ditubuhkan ialah untuk menutup kisah sebenar
kejadian alam ini termasuklah tentang ilmu-ilmu pengetahuan yang
menyentuh perihal kejadian Bulan dan Angkasa Lepas. Ini kerana sekiranya
maklumat2 sebenar terdedah... tiadalah lagi modal mereka untuk
menidakkan kewujudan Allah dan Empayar jahat mereka akan runtuh dengan
sendirinya. Walaupun geng2 jahat ini telah diizinkan Allah menguasai
ekonomi dan kewangan dunia, tugas untuk menutup kebenaran bukanlah suatu
tugas yang mudah.
Sudah tentu Syaitan dan Dajjal tahu tentang
betapa susahnya nak menutup kebenaran. Jadi mereka telah mengenalpasti
tipu muslihat yang mesti dijalankan. Berikut ialah 5 muslihat tersebut
yang mereka kena jayakan terlebih dahulu sebelum boleh menubuhkan NASA:
(i) Mereka perlu menghapuskan semua rekod2, kitab2 dan manusia2 yang mengetahui tentang hal sebenar Bulan dan angkasa lepas;
(ii) Mereka perlu menulis semula semua sejarah tentang ketamadunan dan keilmuan manusia;
(iii) Manusia perlu dilalaikan dengan kesibukan bekerja serta menangani
kesusahan urusan hidup supaya tiada masa langsung untuk terfikir
tentang tipu muslihat mereka. Mengikut keperluan, hal2 seperti kegawatan
ekonomi, hutang melampau, keganasan dan perang mesti diadakan sebagai
upacara rutin sepanjang tahun;
(iv) Budaya moden yang berpaksikan
Hiburan2 dan Aktiviti2 Rekreasi keterlaluan perlu disebatikan di dalam
sanubari semua orang supaya manusia sibuk melayan keseronokan ini (nak
lepaskan tension la kononnya) dan memandang lekeh sebarang nasihat atau
peringatan; dan
(v) Semua pucuk pimpinan kerajaan-kerajaan seluruh
dunia seperti Raja, Presiden dan Perdana Menteri perlulah duduk di dalam
poket mereka.
[Hal-hal (i) hingga (v) ni telah pun
dikongsikan panjang lebar di dalam posting2 album NWO sebelum ini...
tetapi disebutkan di sini juga supaya kita boleh lihat konteks yang
menyeluruh]
Akhirnya pada 6 Ogos 1958, laporan dan kajian akhir
mereka telah menunjukkan bahawa hal-hal (i) hingga (v) telah dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Apa yang mereka perlu lakukan kini ialah
“maintain” sahaja pencapaian mereka ini. Dengan kata lain, tarikh 6 Ogos
1958 telah menjadi tarikh keramat bagi Syaitan, Dajjal dan konco2 nya
di mana ketamadunan manusia telah berjaya dihancurkan dan dikawal
sepenuhnya di bawah telunjuk mereka. Maka tidak lama selepas itu, pada
1hb Oktober 1958, NASA pun ditubuhkan.
Misi awal NASA ialah
menjadi penyelidik rasmi manusia tentang hal2 angkasa lepas. Dengan kata
lain, biar diorang jer la yang pergi tengok apa ada kat angkasa lepas
tu... kita tak payah la susah-susah. Nanti lepas diorang tengok...
diorang balik la cerita kat kita. Pastu kita kira percaya jer la apa
yang NASA cerita. Seperti yang kita tahu, telah lebih setengah abad kita
ni dok percaya jer kat NASA sehinggalah beberapa tahun kebelakangan ini
tembelang mereka pecah berderai. Macam mana boleh pecah plak? Siapa
yang pecahkan?
Misi mutlak (Ultimate mission) bagi NASA ialah
menjerumuskan manusia ke dalam lembah “Atheism” dan menolak sebarang
konsep ketuhanan terutamanya Agama Islam. Seterusnya mentaliti manusia
akan bersedia untuk menerima Dajjal sebagai Penyelamat Dunia.
credit : Public Secret
No comments:
Post a Comment