Part 5 of 13
Sedikit peringatan sebelum membaca Part 5 ini. Kisah yang diceritakan
di sini akan menjadi semakin pelik dan mungkin berbau fantasi. Jika anda
tidak sanggup mendengarnya... eloklah ditamatkan pembacaan anda di
sini.
Menyambung daripada
kisah Part 4, sebelum peperangan tercetus di zaman Kumpulan Ketiga
Al-Bashar.... mereka iaitu Kumpulan Pertama dan Kedua al-Bashar hidup
dalam keadaan harmoni dan tiada kekacauan besar. Mereka ditadbir oleh
keturunan raja yang amat bijaksana. Keturunan ini bernama Appoloc.
Keistimewaan keturunan Appoloc ini ialah mereka berkebolehan di dalam
kedua-dua teknologi yang disebutkan sebelum ini.
Hanya apabila
raja terakhir daripada keturunan ini mati, kekacauan mula timbul
menyebabkan mereka membentuk dua negara yang besar iaitu Atalan dan
Lamarakh. Mujur, konflik ini serta merta reda apabila mereka menyedari
masih ada lagi keturunan Apolloc yang hidup. Dia bernama Helions.
[Nota 1: Pada waktu ini, mereka juga telah lama tahu tentang
keistimewaan Bulan dan istana raja keturunan Appoloc memang telah lama
bertapak di Bulan]
[Nota 2: Mungkin ada yang tertanya-tanya
bilakah mulanya Kumpulan Al-Bashar ini menyedari keistimewaan Bulan dan
mendirikan istana raja Appoloc di situ. Untuk menceritakan kisah ini...
amat panjang. Mungkin cerita ini boleh dikongsi secara berasingan di
dalam siri posting yang lain]
Ok... sambung balik. Sebaik
sahaja Helions ditabal menjadi raja, timbul pula isu baru di mana
kedua-dua negara mahu memastikan kepentingan mereka di Bulan. Isu ini
timbul kerana Helions berdarah campuran Appoloc dan Lamarakh. Maka sudah
tentu negara Atalan bimbang mereka akan dipinggirkan kelak daripada
menikmati keistimewaan Bulan sekiranya Helions dilantik menjadi raja.
Untuk menyelesaikan isu ini, negara Atalan dan Lamarakh telah bersetuju
untuk mengikat satu perjanjian. Di antara perkara2 lain, di dalam
perjanjian ini mereka bersetuju untuk memilih wakil-wakil daripada
kedua-dua negara untuk membentuk satu kerajaan bersama yang akan
mentadbir dan menjaga kepentingan masing-masing Bulan. Nama kerajaan ini
masih dikekalkan dengan nama Kerajaan Appoloc mengambil sempena nama
keturunan yang memang telah menjadi raja dan pemerintah semenjak zaman
Kumpulan Pertama dan Kedua Al-Bashar lagi.
Secara ringkas, berikut ialah nama2 mereka yang telah terpilih untuk membentuk kerajaan Appoloc baru ini:
Ketua Kerajaan Appoloc: Helions (berdarah campuran Appoloc dan
Lamarakh. Dia dilantik menjadi raja kerana dialah satu2 nya lelaki yang
berketurunan Appoloc yang masih hidup)
Wakil Kerajaan Appoloc
daripada negara Atalan: Lelaki – Ratoth, Siriso dan Min; Perempuan –
Bendias Artems, Xauhqi Coyol dan Dianess Zuss.
Wakil Kerajaan
Appoloc daripada negara Lamarakh: : Lelaki – Horath, Saith dan Duau ;
Perempuan – Mawuo Mao, Duanas Ranas dan Ayumas Isya.
Sekiranya
anda perasan, nama2 yang mirip dengan nama2 wakil kedua-dua negara ini
telah digunakan sebagai nama2 tuhan atau dewa di dalam banyak
kepercayaan Pagan dan agama dahulu kala di dalam tamadun2 manusia
seperti tamadun Maya, Aztech, Rom, Greek dan lain-lain lagi. Kenapa
agaknya yer?
Buat sementara, segalanya berjalan lancar
sehinggalah sampai pada suatu masa Helions telah mati dan tidak
meninggalkan waris keturunan Appoloc. Pada waktu ini bermulalah perang
besar yang menumpahkan banyak darah di Bumi dan di Bulan.
Untuk
menggambarkan sedikit sebanyak tentang dahsyatnya perang ini... Bulan
yang dahulunya sebuah planet yang menyerupai Bumi hancur lebur sehingga
atmosferanya menjadi amat tipis. Juga, Bulan yang dahulunya seperti Bumi
berputar mengikut kadarnya telah berhenti berputar di mana seperti yang
kita lihat hari ini... Bulan sentiasa menghadapkan muka yang sama
sahaja kepada Bumi.
Sebagai balasan ke atas perbuatan Al-Bashar
yang menumpahkan darah dan perbuatan yang mendatangkan kerosakan ini...
satu malapetaka telah diturunkan di Bumi. Pernah dengar tentang
Peralihan Kutub Bumi atau “Earth Polar Shift” ? Inilah yang berlaku.
Walaupun demikian masih terdapat saki baki Al-Bashar yang Allah telah
izinkan terselamat daripada bencana ini. Keturunan mereka masih hidup
bersama dengan keturunan kita Al-Insaan sehingga ke hari ini. Manakala
di Bulan pula, masih lagi ada keturunan Al-Bashar yang terselamat juga.
Merekalah yang menduduki di bahagian yang digelar “The Dark Side of the
Moon” iaitu bahagian Bulan yang tidak menghadap ke Bumi. Warga Atalan
yang yang terselamat menduduki 18 buah struktur berbentuk piramid dan
warga Lamarakh yang terselamat menduduki 81 buah struktur berbentuk
kubah. Mereka kini tidak lagi berperang di antara satu sama lain
menyedari perbuatan mereka yang melampau dahulu dan telah pun mendapat
balasan Allah.
Jadi apa kaitannya dengan NASA dok suka nak buat “trip” ke Bulan pula? Nanti akan dijelaskan di dalam Part 6.
Apa yang sedang berlaku kini ialah, warga Atalan yang terselamat di
Bumi telah mengulangi lagi kesilapan mereka dahulu. Mereka masih
memusuhi warga Lamarakh yang terselamat. Tidak cukup dengan itu, mereka
juga memusuhi keturunan kita iaitu Al-Insaan yang telah menggantikan
Al-Bashar sebagai khalifah baru di Bumi.Untuk tujuan ini, mereka telah
mengikat perjanjian baru dan bersekongkol dengan geng2 jahat di bawah
pimpinan Syaitan dan Dajjal bagi memusnahkan saki baki warga Lamarakh
(di Bulan dan Di Bumi) dan menghancurkan keturunan Al-Insaan.
[Nota 3: Walaupun warga Atalan di Bumi masih belum insaf, warga Atalan
di Bulan pula berbelah bahagi sama ada mahu menurut atau pun tidak
agenda warga Atalan Bumi ini. Warga Lamarakh di Bulan dan di Bumi pula
sentiasa mengambil tindakan kawalan supaya warga Atalan Bumi tidak dapat
mempengaruhi warga Atalan di Bulan yang memegang kunci kepada teknologi
terhebat mereka yang berlandaskan Sains dan Ilmu Dunia Fizikal.]
credit : Public Secret
No comments:
Post a Comment