Part 4 of 13
Pada posting yang agak lama dahulu di dalam album NWO ini, ada
diusulkan bahawa sebelum manusia (Al-Insaan) duduk di Bumi dan dilantik
Allah menjadi khalifah terdapat beberapa kumpulan makhluk-makhluk lain
yang terdahulu menjadi penghuni Bumi seperti berikut:
i. Kumpulan Al-Jin – semenjak tahun 16.4 Billion B.C.
ii. Kumpulan Pertama Al-Bashar (Makhluk seakan-akan menyerupai manusia) – semenjak tahun 820 Juta B.C.
iii. Kumpulan Kedua Al-Bashar – semenjak tahun 41 Juta B.C.
iv. Kumpulan Ketiga Al-Bashar – semenjak tahun 2.2 Juta B.C.
[Nota: Al-Bashar (makhluk seakan-akan menyerupai manusia) dan Al-Insaan
(manusia) dikategorikan dalam kumpulan yang sama iaitu An-Naas. Sebab
itu kalau kita lihat di dalam Al-Quran terdapat 3 perkataan ini yang
diterjemahkan sebagai manusia... sebenarnya mereka adalah kumpulan yang
berbeza. Daripada segi fizikal serta kebolehan juga berbeza]
Nabi Adam (Bapa Al-Insaan) dan isterinya Hawa hanya turun ke Bumi
sekitar tahun 102,000 B.C. Kebanyakan pendapat mengatakan Nabi Adam dan
Hawa memulakan penghidupan di Bumi pada sekitar tahun 8,030 B.C. Di
dalam posting yang lepas juga telah saya nyatakan yang saya tidak
bersetuju tentang hal ini di atas sebab-sebab tertentu.
Mengapa
saya perlu saya “recap” semula cerita ini? Ini ialah kerana hendak
menerangkan apa sebenarnya yang ada di Bulan dan mengapa NASA acap kali
melancarkan misi-misi Apollo mereka ke Bulan. NASA dan geng2 jahat ini
juga sanggup membelanjakan banyak wang dan sumber mereka untuk
mengada-adakan cerita sampingan serta pelbagai muslihat bagi menutup
aktiviti2 sebenar mereka di Bulan (seperti yand dijelaskan di dalam Part
2 dan Part 3).
Kalau melihat sahaja foto yang saya sertakan
untuk posting kali ini, saya pasti ramai akan segera memberikan pelbagai
reaksi spontan. Bagi yang skeptik sudah tentu akan terbit ayat2
seperti... “Aduh... mengarut la... semua ni auta jer!!!” atau “Ape ke
jadah la posting ni!!!”... atau... “Hahahah... dah gila agaknya penulis
posting ni!!!” dan pelbagai lagi statement yang bersifat “rejection”
atau penolakan.
Jika anda seorang yang skeptik... saya telah
pohon berkali-kali di dalam Part 1 dahulu supaya anda jangan membaca
langsung (Part 1 hingga Part 13) kerana bagi anda sudah tentu siri
cerita begini dianggap dongeng dan bersifat imaginasi semata-mata.
Baiklah... balik semula kepada tujuan asal posting Part 4 ini. Kumpulan
Pertama Al-Bashar mula bertapak di Bumi semenjak tahun 820 Juta B.C.
sehinggalah pengusaan mereka di Bumi tamat pada Kumpulan Ketiga
Al-Bashar sejurus sebelum Nabi Adam dan Hawa turun ke Bumi pada sekitar
102,000 B.C. Penghidupan mereka berbeza daripada penghidupan kita
sebagai manusia (Al-Insaan). Ini disebabkan kebolehan fizikal dan mental
mereka berbeza daripada kita Al-Insaan.
Dipendekkan cerita.... pada zaman Al-Bashar, mereka rata-ratanya mempelopori dua jenis teknologi seperti berikut:
i. Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal – Berlandaskan ilmu
epistemologi, kajian kimia, ilmu metematik, kaji bahan, ilmu fizik, ilmu
logika, ilmu bahasa dan lain-lain yang sealiran dengannya; dan
ii. Teknologi Metafizik dan Inter-Dimensi – Berlandaskan ilmu biologi tinggi, kajian dimensi dan spiritual.
Satu kebaikan di zaman Al-Bashar ialah mereka tiada langsung godaan
syaitan kerena peranan syaitan untuk menyesatkan belum enter-frame lagi.
Malah, Azazil (yang kemudiannya menjadi Lucifer a.k.a. Bapa Iblis) pada
masa ini masih lagi menjadi satu makhluk yang amat kuat beribadat dan
mempunyai status yang tinggi di kalangan Malaikat walaupun dia adalah
daripada jenis Jin.
Perbezaan amalan teknologi yang berbeza ini telah membentuk dua negara yang besar dan hebat diberi nama Atalan dan Lamarakh.
[Nota: Cerita tentang dua negara hebat ini telah diubahsuai dan
dijadikan modal untuk mengada-adakan cerita Atlantis dan Lemuria]
Atalan mengamalkan Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal manakala
Lamarakh mengamalkan Teknologi Metafizik dan Inter-Dimensi. Pada mulanya
kedua-dua negara ini tiada membenci di antara satu sama sehinggalah
timbul satu isu yang besar sehingga mereka terjerumus ke dalam kancah
peperangan yang hebat. Berlakulah pertumpahan darah yang dahsyat dan
semua ini telah disaksikan oleh Malaikat dan Jin yang tidak terbabit di
dalam peperangan tersebut.
Apakah isunya sehingga terjadi
peristiwa berdarah ini? Tidak lain dan tidak bukan mereka berperang
untuk menuntut hak mereka terhadap pengusaan Bulan. Apa la... pasal
Bulan pun nak berperang... bagi dua jer Bulan tu tak boleh ke? Ya...
jawapannya tak boleh kerana Bulan mempunyai satu kehebatan yang tiada
taranya di mana kedua-dua negara mahu mengusai Bulan secara mutlak....
tiada kompromi bagi mereka di dalam hal ini. Selepas peperangan ini,
kebanyakan Al-Bashar telah terhapus. Akan tetapi ada saki baki mereka
yang selamat di mana keturunan mereka masih ada hingga kini... hidup
bersama keturunan kita Al-Insaan. Apa yang tinggal di Bulan pula setelah
semuanya hancur akibat peperangan besar ini? Yang tinggal hanyalah 18
buah piramid dan 81 kubah.
credit : Public Secret
No comments:
Post a Comment